Popular Posts

Wednesday 2 November 2011

SEKADAR CORETAN.................



SEKADAR CORETAN

Dalam diam-diam sudah lama rupanya saya berblog..Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya merasa amat puas. Disini saya bebas menyuarakan rahsia hati saya.Yang putih, yang Hitam, yang biru, yang unggu hanya saya yang mengetahui…
Sudah menjadi rasmi dunia… yang hitam dikata Putih, Yang bersih, dikata Kotor. Dan yang betul, dibilang bengkok..Sungguh merumitkan..
Setiap hari saya berdoa semoga saya berbahagia..semoga saya tetap ceria dan semoga saya dppermudahkan dalam semua urusan… Amin..Ya Rabil Allamin..

Wajah Kesayangan Hamba

Exercise




Dah besar rupanya anak mummy.....setiap patah perkataann yang lahir dari mulut comel ini amat membahagiakan saya...Semoga jadi anak yang solehah....
Eeii......Rambutan









Pertama kali melihat pokok rambutan yang berbuah....Sungguh mengujakannya.....
Saya ingin mengexposekan puteri saya dengan bermacam-macam pengalaman yang berharga...dengan harapan dia akan membesar dengan suasana yang Penuh keindahan
Wah! banyaknya .............

Gaye yang keletihan....

Sukaaaa sangat..........

OPPST.......Tok De kat belakang........






 Gaya manja anak Daddy...........




Dah biasa dok ngan Daddy




Eei..Daddy tak perasan,,, anak tu seksi....

Tuesday 25 October 2011

PUTERIKU SAYANG......


MY PURPLE PRINCESS


Chicken Runnnn



" Anak ayam ini adalah pemberian makcik saya untuk anak saya.. Dia amat menghargainya. walaupun umurnya baru setahun setengah..namun dia sudah menunjukkan sifat-sifat sayang dan menghargai barang-barang pemberian orang... Agaknya macam saya kot.."dimana Tumpah Kuah, Kalu Tak Ke Nasi"..he..he. Puteri saya siap pakaikan bedak dan sikatkan rambut. Eh! anak ayam ada rambut ke??

Tapi nampaknya anak ayam nie bertahan cuma beberapa hari. selepas itu, anak sedara saya yang lelaki (Umur 3 tahun) telah merosakkannya. kesian anak saya...Tapi walaupun telah rosak, dia masih menyimpannya.. Saya akan terus simpan anak ayam ini sehingga anak saya dewasa.....





Monday 3 October 2011

TeRsiNgKap KeNanGan InDaHku

Masa umur sehari

Alhamdulillah...Syukur pada Allah yang yang Esa.. Saya disahkan mengandung selepas tiga tahun berkahwin..Besar Sungguh rahmatMu Ya Allah.. Sentiasa memberi kebahagiaan sepanjang masa kepada Hamba yang kerdil ini..



Lihatlah anakanda saya saya yang manis ni...saya gelarkannya masa lahir my pinky princess...Kulitnya pink dari hujung kepala hingga hujung kaki...Rambutnya lebat dan hitam...hidungnya mancung macam daddynya......Alhamdulillah manisnya pengalaman ini.
Ish! keluar je mulut dah nak mintak susu....


Pengalaman mengandung sungguh manis.. tidak sekali pun saya mengeluh.. walaupun penat bekerja dan seharian berada di atas jalan memandangkan travel lebih 100km sehari-hari. Namun saya tetap gagah. Dikurniakan tuhan kesihatan dan kesabaran sepanjang masa..beruntungnya saya...Husband sentiasa memanjakan saya dengan itu dan ini. Rezeki kami berdua pun murah sepanjang mengandungkan permata hati saya ini. semoga anakanda saya membesar menjadi anak yang solehah. Aminnnn.

Masa nak melahirkan lagi sekali Allah memberi kenikmatan kepada saya. Diberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat semasa proses melahirkan.. Semasa di labour Room saya tengok Husband saya pucat semacam, macam dia pulak yang nak melahirkan.. Saya risau takut-takut dia pengsan.. sebab masa saya pegang tangan dia waktu kesakitan, saya rasa dia macam nak tumbang, akhirnya hilang sakit saya.. he..he.. risaukan husband sampai tak terasa sakit..Akhirnya saya minta operate kerana takut anak saya  lemas..maklumlahhh tak sabar nak tengok anak..lagi le husband saya rasa nak pengsan... ha..ha..ha.. saya tak boleh bayangkan muka husband saya waktu tu..risau jugak saya takut dia pengsan betul-betul... Akhirnya saya di bawa kedewan bedah.. dan dalam 15 minit kemudian keluarlah Anakanda saya yang PINK ke dunia ini......Alhamdulillah...senangnya... hati saya..


Selepas sedar dari tidur macam tak percaya pulak rasa.. saya sudah menjadi seorang ibu.. Takut jugak sebab ramai yang kata selepas operate mesti sakit.. Tetapi bagi saya,, Alhamdulillah.. Allah memberi saya kesenangan.. tidaklah sakit sangat...Syukur..Amin...




Tuesday 27 September 2011

Permata Hatiku...


Inilah permata hatiku....

Ni  masa pergi jalan-jalan di Perak..seronok  tengok my hubby dukung anak.. Saat ini saya rasa bertuah kerana ada hubby dan anak yang comel.. bila balik kerja tak sabar rasanya nak jumpa ngan my doter....

Sekadar berkongsi pengalaman.. Masa tahun pertama berkahwin saya relax je..ingatkan macam orang lain, kahwin dan terus ada anak.. rupa-rupanya sedar tak sedar dah tiga tahun kahwin anak still tak ada.. kami berdua ok je..semuanya kami serah pada Yang Esa.. tapi orang lain yang menyibuk....maafla... tapi itulah panggilan yang selayaknya dipanggil (penyibuk) pada pendapat saya..

Bagi side family saya OK je.. maklumlah Mak saya pun take's time jugak masa nak pregnantkan arwah abang saya yang sulong. Saya ngan kakak saya pulak beza 10 tahun,,and normal la for me, kalau 3 years married,but still don't have a anakkk kan...Tapi side mertua,, bising-bising. Kadangkala malas plak balik umah mak mertua, topik anak la yang dibicarakan.. macam takde topik lain.. itu yang buat saya naik angin tu..kadang-kadang bergaduh jugak ngan hubby..dia pun bengang jugak sebenarnya...

Akhirnya we all berdua buat tak kisah. Hanya doa dan harapan saya tak pernah putus...semoga suatu hari saya dikurniakan seorang anak...apa yang penting....????Untuk stopkan cakap-cakap orang yang tidak enak didengar...terutamanya hubby saya,kesian pulak saya tengok...tiap-tiap bulan berharap hadirnya cahaya mata pengikat kasih antara kami...

bosannnnnnnnnn

bosannnnnnnnnnnnnnnn Sebenarnya saya bukannya bosan yang melampau..cuma kadang-kadang rasa menyampah dengan orang disekeliling yang asyik mencari kesalahan orang lain.. sekian.

Monday 15 August 2011

Liku-liku Kehidupan


Setiap hari apabila memulakan perjalanan saya terfikir...Apa yang akan berlaku hari ini? Apa yang harus saya hadapi? Bagaimana hari ini? Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Kadang-kadang sambil drive saya terimbau kenangan lalu.....

Masih segar dalam ingatan dulu masa duduk di hostel dulu..saya adalah murid yang boleh dikategorikan nakal juga la.. entahla kadang-kadang jadi budak baik,,kadang-kadang lepas malas jadi student skima, saya jadi budak nakal balik. Saya rasa cikgu sekolah saya pun pening dengan telatah saya. Maafkan saya ye cikgu,,maklumla masa tu budak-budak lagi...Saya tak tahu subject apa yang saya paling suka. Saya rasa saya suka semua subject kot kecuali matematik. Mungkin otak saya allergic pada angka kot. he..he.. Saya memang baik dengan semua guru. Tambahan lagi saya ni atlet sekolah. Saya atlet olahraga, bolajaring, bola tampar dan bola baling. Tapi saya tak suka hoki, tennis dan badminton. Pendek kata kalau hari sukan saya main semua acara kecuali yang saya tak sukaj jelah.

Ishk,, saya paling tak suka kalau time saya main pakcik saya datang.. ni mesti kena marah lagi ni.. Memang sure pun saya kena marah.. asyik main je, bila nak study...?? Saya pun buat muka toya jelah,,,nanti study la.. jangan risau. Dalam ati,, matilaa saya kalau saya turun kelas. Nak buat macamana dah hobi saya main.. kat-kat exam saya study la..

Tersedar dari lamunan...lambat lagi la sampai office...sambung lagi la..Bestnya kalau  dapat main. Every year
mesti saya ada kem sukan. Pada masa tu MSN mesti pilih sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.. Ceewah, glamer kejap. Mesti sapa-sapa yang tengok akan kata saya student sekolah ni. Saya selalu perasan. Kalau sekolah ni ada dalam list saya waktu kecil dulu,, tak adala saya pergi ke sekolah di besut.

Sunday 14 August 2011

Kehilangan

Dalam menunggu datangnya Ramadhan saya terkenangkan 2 orang insan yang amat saya sayang. Yang telah kembali ke Rahmatullah. Dan saya akan merindui 2 orang insan yang amat bermakna dalam hidup saya selama-lamanya. 

Sewaktu di tingkatan 3, Tiba-tiba pakcik saya datang ke sekolah untuk menjemput saya pulang bersama sepupu saya. Saya telah dikhabarkan oleh beliau yang  sepupu lelaki saya iaitu Mohd Syarifuddin telah meningal dunia. Alangkah sedihnya saya. Teman sepermainan saya telah pergi buat selama-lamanya. Terlalu banyak kenangan antara saya dan Yih(Panggilan manja saya kepada arwah).

Sebenarnya Yih seorang kanak-kanak normal macam saya. kami membesar bersama. oleh kerana jarak usia saya hanya setahun lebih tua darinya, maka saya selesa berkawan dengannya berbanding orang lain.   Walaupun pakcik saya garang, tapi kenakalan kami tidak berkurangan. Pernah suatu hari, saya dan Yih dimasukkan didalam guni yang sama oleh pakcik saya. kami menangis meraung-raung kerana takut dibuang di laut oleh ayah Yih. kami menggelupur di dalam guni beras,akhirnya kami berjaya melepaskan diri.. seterusnya kami cabutttt langkah seribu meminta pertolongan dari mak saya yang berada di rumah.

Ayah saya naik marah kepada pakcik saya kerana sanggup buat anak begitu, macam tak sayang anak. oleh kerana kenakalan saya dan Yih ayah saya dan ayah Yih bermasam muka. Maafkan kami, ayah dan ayah long, waktu tu kami kecil lagi, mana kami tahu.!!. Mestilah ayah saya marah,, maklumlah ayah saya hanya ada 3 orang anak sahaja. Sedangkan pakcik saya ada 12 orang anak. Sejak hari itu,saya takut nak bermain di rumah Yih. Kalau rasa nak bermain sangat saya akan panggil Yih datang rumah saya. dan sejak hari itu juga Yih naik motor bersama-sama dengan saya dan dihantar oleh ayah saya ke sekolah.....

Dalam tahun 2, Yih sakit dan doktor mengesahkan Yih mengidap Brain Cancer. Sejak hari itu mata Yih telah menjadi buta. Saya lah yang menjdi matanya sekiranya hendak berjalan-jalan.Suatu hari saya memancing ikan dengan Yih. Alangkah gembiranya Yih apabila seekor ikan telah makan pancingnya. walaupun dia tidak nampak tetapi dia berusaha untuk mengeluarkan ikan itu dari mata pancing.Saya hanya melihat kerana saya tidak pandai. Tapi ikan itu tiba-tiba terlepas. Oleh kerana peristiwa ini saya amat benci ikan air tawar . Sampai hari ini saya tak makan ikan darat. Ikan telah mngecewakan Yih..oleh itu saya benci PUyu....Akhirnya setelah sekian lama menderita (7 tahun), Yih pergi meninggalkan kami semua.. sedihnya.... Yih sudah kuanggap macam adik sendiri..Takkan ada penggantinya hingga ke hari ini..walaupun di zaman sekolah saya ada ramai adik angkat....

Manakala ayahanda saya yang tercinta telah pergi mengadap Illahi pada tanggal 27/7/2004,,,iaitu pada bulan kelahirannya. Selang sebulan pemergian sahabat karibnya. Begitu banyak kebetulan di saat pemergian ayah. Pada hari ayah saya accident saya pulang naik fligt MAS dari KLIA-K.TRG. Dalam flight saya jumpa dengan seorang wanita yang menemani anaknya ke Kuala Lumpur untuk buat pembedahan katanya. Saya lihat bayang kerisauan terukir diraut wajahnya.. apa yang saya mampu hanya tersenyum dan menyapa anak kecil itu tanpa ditemani bapa. Dalam hati saya berdoa semoga ayah saya selamat...

Saya dan adik saya menjaga ayah saya sepanjang waktu semasa berada di hospital dan di waktu itu juga ramai saudara mara telah berkunjung menziarahi ayah saya. Ayah saya dibenarkan keluar hospital setelah seminggu berada dalam ward di HSNZ Kuala Terengganu. Apa yang saya fikir waktu itu, macamana lepas  nii?  Ayah saya tidak boleh berjalan kerana tulang pelvisnya bergerak dari kedudukan asal. dan ayah saya terpaksa memakai hammock untuk meyokong badannya. Proses penyembuhannya amat lambat. Apa yang saya terfikir waktu itu hanyalah berhenti kerja dan jaga ayah saya. Saya tidak menyesal walaupun saya tahu ramai yang menginginkan kerja macam saya. Biarlah...rezeki Allah ada di mana-mana. 
Saya kembali ke Putrajaya pada pagi 27/7/2004. Sewaktu on the way ke airport tayar kereta pancit.. How can? Flight saya terlepas... tiket burn...saya terpaksa beli flight Air Asia untuk kembali ke Putrajaya. Rupanya  itu adalahpetanda ayahsaya akan pergi buat selamanya.

Saya berhenti kerja pada pagi 27/7/2004. . Saya diminta oleh Bahagian HR Jab. Perdana Menteri untuk tidak Resign.. Tetapi kasih saya kepada ayah adalah segala-galanya. saya diminta untuk selesaikan tugas dalam masa 2 minggu. Saya terima, tetapi belum sampai 2 minggu., Dalam hari yang sama saya mendapat panggilan yang Ayahanda saya telah kembali ke rahmatullah pada petang 27/7/2004...Saya pulang ke kampung dengan flight petang....Tanggal 27/7/202004 saya hilang ayah dan juga kerja...sedkitpun saya tidak menyesal. Inilah ketentuan hidup saya yang telah tertulis di loh mahfuz..



.

Saya tertipu.......

Adakah saya tertipu???Tak best langsung sekolah ni...siap kena tinggal asrama yang dekat dengan sekolah lagi.Sepupu saya kata kena naik bas. Tapi, Alhamdulillah,, selamat saya dari naik bas.. kalau tak lembik saya.. sekolah ni tak best betull,, itulah buatpertama kalinya saya rasa tertipu..isk.. macamana nak balik ni..saya bukannya kenal orang... saya xtahu macamana nak naik bas..saya rasa ader la lebih kurang 2,3, 4 hari saya rasa diri saya tertipu oleh sepupu saya... Tetapi selepas itu,,,Saya berjumpa ngan kawan-kawan baru,,hemmm langsung tak ingat dunia....

Suatu ketika dahulu

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Membesar di sebuah desa yang saya kira masih jauh dari hiruk piruk kota. Sewaktu kecil saya tidak boleh naik kereta, naik bas atau apa-apa kenderaan bermotor kecuali motosikal..lucukan.?? Ini kerana saya mabuk..bila naik je saya akan pening kepala, mabuk ditahap kritikal..Tapi saya suka berjalan....Pernah suatu ketika saya menangis meraung-raung semasa menghadiri kenduru kahwin sepupu saya dan suruh ayah saya balik dengan basikal dari Besut ke Setiu (Waktu itu kalau betul-betul naik basikal saya akan sampai rumah dalam masa 2 hari la jawabnya) kerana mabuk. Semua orang gelakkan saya,,,

Bila saya bersekolah rendah saya terfikir tentu tak best kalau bersekolah kat kampung. Ini kerana setiap bulan sepupu saya yang tinggal berasrama penuh balik, saya akan pergi dan mendengar cerita tentang keseronokkan tinggal di asrama dan keseronokkan sekolahnya.. Ini menyebabkan saya memasang angan-angan untuk bersekolah berasrama macam dia jugak. Tapi macam mana ye??? Ayah saya tak ada kereta macam Pakcik saya.. Tambahan pula Besut tu jauh,, saya mana boleh jauh-jauh, nanti pening kepala..tanya ayahlah..

Alangkah gembiranya hati saya kata ayah saya asalkan saya belajar bersungguh-sungguh berjaya masuk sekolah yang saya idam-idamkan tu (memang sekolah sepupu saya itu terkenal kerana semua orang yang cerdik-cerdik bersekolah di situ waktu tu) dia akan hantar dan ambil saya dengan motor. Terima kasih ayah (semoga Allah swt mengcucuri Rahmat ke atas roh arwah ayahanda saya). Sanggup hantar ngan motor.

Saya belajar dan belajar... tapi saya kuat main... tapi xpe azam nak berjaya kena ada,,,walaupun banyak kekurangan tapi saya mesti berusaha untuk menjadi orang yang berjaya. Saya tidak boleh menjadi orang yang "looser". Caranya.. ihiks...saya paksa mak saya yang lulus sekolah melayu ajar saya matematik dan bahasa melayu. Bahasa Inggeris,,,saper nak tolong.. YES!! saya paksa pakcik saya yang sekolah menengah waktu tu (dah further study kat oversea pun kat Australia rasanya, dan sekarang dah jadi orang besar kat Putrajaya)untuk ajar saya.Terima kasih Pak Arun..

Akhirnya exam..lulus ngan OK and lastly saya diterima masuk ke sekolah idaman saya..Alhamdulillah..Ayah saya dah buat persiapan untuk hantar saya ngan motor..itu yang saya suka...xperlu pening kepala..Walaupun waktu tu pakcik saya yang ada kereta mempelawa untuk menghantar saya tetapi ayah saya menolak kerana dia takut saya tidak jadi bersekolah jauh..padahal saya tahu, dia nak pergi ke rumah adiknya(Pakcik saya) yang tinggal dekat dengan sekolah, untuk beri pesanan berapi la tu..

Setelah hantar saya kat sekolah saya masih ingat pesanan ayah,,, belajar baik-baik. Jangan Lapar.. Makan jangan tak makan nanti tak boleh belajar dan pesannya yang terakhir sebelum pulang,, kalau tak ade duit,,mintak dengan ayah hitam(Pakcik saya le tuu), kalau tak bagi kasi tahu ayah. biar ayah marah. Dia kena bagi banyak mana pun yang saya nak sebab masa kecil ayah yang dukung dia, ayah yang take care dia..so, dia kena jaga anak ayah..
Kalaulah pakcik saya tahu waktu tu mesti dia marah..isk...mesti dia kata saya anak manja. Lepas ni saya kena pikir macamana saya nak mintak duit nanti,, kang tak pasal-pasal kena marah.Pakcik saya tu garang.Maklumla Cikgu.

Saturday 13 August 2011

starting blogger

Salam Perkenalan..
Saya  rasa, saya mesti ambil langkah setapak lagi untuk memajukan  diri. Sebelum  ini saya tidak pedulikan email, tidak pedulikan facebook dan tidak pedulikan blog. Akibatnya saya jadi orang yang ketinggalan. Saya rasa saya jauh ketinggalan berbanding kawan-kawan saya yang lain. Kerana apa??? kerana saya leka dengan kerja-kerja saya. Suatu ketika, apabila saya daftar facebook,, Masyaallah..rupanya ramai kawan-kawan saya yang lost contact suatu ketika dulu add saya .. terharunya..
sekian dulu untuk permulaan.